PENGENALAN

UNESCO WORLD DEVELOPMENT DAY telah disambut setiap tahun di seluruh dunia pada 24 Oktober.Idea untuk menganjurkan program ini dicetuskan oleh Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB) atau United Nations(UN) pada tahun 1972.Tujuan program ini diadakan ialah untuk membangunkan teknologi berkaitan sains teknologi komputer dan program ini sangat penting dalam membangunkan negara Malaysia.Kesimpulannya,kita harus sedar bahawa teknologi maklumat memberi kesan yang positif terhadap manusia sejagat.


Wednesday 9 November 2011

Tunku Mahkota Johor Rasmi Pesta Konvokesyen Ke-11 UTHM

Pesta Konvokesyen UTHM 2011 telah menerima kunjungan Diraja apabila Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Iskandar telah berkenan mencemar duli untuk berangkat menyempurnakan upacara perasmian yang berlangsung pada 27 Oktober lalu.
Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail yang juga merupakan Pro-Canselor UTHM telah berkenan untuk menekan alat kawalan jauh robot paintball ciptaan pelajar UTHM dan melepaskan tembakan sebagai simbolik perasmian majlis.
Pesta ini berlangsung selama lima hari bermula pada 27 hingga 31 Oktober bertempat di Padang Kawad Palapes UTHM dengan tema "Inovasi dan Masa Depan."
Bagi memeriahkan sambutan pesta konvokesyen pada kali ini, UTHM telah mengatur beberapa aktiviti antaranya Autoshow, Pertandingan Tilawah Al-Quran, Forum Perdana, Pertandingan Kompang Kelab Warisan, Malam Akar Budaya, Explorace Kelab Kembara, Senam Seni Satu Malaysia, Futsal dan Paintball, Karnival Memancing dan juga gerai-gerai jualan.
Pesta konvokesyen juga turut dimeriahkan dengan persembahan artis-artis terkenal tanah air seperti Black Mentor, Azlan The Typewriter dan juga Mamat Raja Lawak. Mereka akan muncul pada peringkat akhir program mencungkil bakat Battle of The Band Akustik.
Naib Canselor UTHM, Profesor Dato' Dr. Mohd Noh Dalimin, Pegawai Daerah Batu Pahat, YB. Dato' Haji Abdul Razak Hassan dan Pegawai-Pegawai Kanan Universiti turut hadir memeriahkan majlis. Warga universiti dan masyarakat setempat juga tidak melepaskan peluang untuk hadir menyaksikan upacara perasmian tersebut.








 

0 comments:

Post a Comment

 
Elegant Rose - Busy