PENGENALAN

UNESCO WORLD DEVELOPMENT DAY telah disambut setiap tahun di seluruh dunia pada 24 Oktober.Idea untuk menganjurkan program ini dicetuskan oleh Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB) atau United Nations(UN) pada tahun 1972.Tujuan program ini diadakan ialah untuk membangunkan teknologi berkaitan sains teknologi komputer dan program ini sangat penting dalam membangunkan negara Malaysia.Kesimpulannya,kita harus sedar bahawa teknologi maklumat memberi kesan yang positif terhadap manusia sejagat.


Wednesday 9 November 2011

Menteri Idola UTHM

Persetujuan Menteri Dalam Negeri Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussien menerima jemputan makan tengahari bersama 14 orang Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia di Hotel Gardens and Residence Kuala Lumpur pada 19 Julai 2010 sungguh mengharukan perasaan kumpulan pelajar yang berkenaan.
Pertemuan singkat itu mengujakan mereka kerana MDN banyak menyuntik semangat, nasihat dan dorongan untuk pelajar berkenaan berjaya di masa hadapan. Pertemuan itu memberi peluang kepada mereka bertanya soalan secara terbuka dengan MDN
“Program ini sememangnya sangat bermakna buat semua pelajar yang hadir kerana mereka boleh bertanya sendiri tentang apa jua perkara dan peluang ini adalah sukar untuk diperolehi kerana kami mengetahui tugas YB Menteri yang sememangnya sibuk. Dato’ Seri Hishammuddin adalah idola dan inspirasi kami,” kata Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar UTHM, Shahzada Khan Nawab Khan.
Beliau yang mewakili 10,000 pelajar UTHM mengucapakan ribuan terima kasih kepada Dato’ Seri Hishammuddin di atas peluang pertemuan yang diberikan. Majlis diakhiri dengan lawatan pelajar-pelajar ke Pejabat Menteri Dalam Negeri di Putrajaya.

0 comments:

Post a Comment

 
Elegant Rose - Busy