Universiti
Korang mesti tahu kan dan memasang impian untuk masuk ke sana sama ada secara sepenuh masa atau secara pendidikan jarak jauh bergantung kepada pilihan masing-masing. Walaubagaimanapun bukan senang untuk kita melanjutkan pelajaran ke universiti selain memerlukan pointer yang bagus ianya memerlukan belanja yang besar. Namun itu bukan halangan kalau kita memang berhasrat untuk ke sana.
Kehidupan di Universiti
Tidak dinafikan pengalaman belajar di universiti memang menyeronokkan dan banyak perkara yang boleh kita pelajari kerana kita diberi kebebasan. Selain itu kita kena berdikari menguruskan hidup sama ada dari aspek belajar, kewangan dan sebagainya. Dalam pada itu sebagai seorang pelajar kita juga perlu menggunakan sebaik mungkin duit yang disediakan oleh PTPTN agar tidak mengalami masalah kewangan.
Hidup sebagai pelajar universiti sememangnya berbeza dengan semasa di sekolah dahulu, kalau zaman sekolah tak memerlukan duit yang banyak. Apabila masuk sahaja ke univeristi maka anda akan pegang duit dalam angka ribu so memang keinginan anda untuk memiliki sesuatu juga tinggi tapi anda harus ingat tujuan anda masuk adalah untuk belajar.
Selain perlu bijak mengawal kewangan korang juga kena bijak memilih kawan agar tidak terjebak dengan perkara yang negatif. Yalah korang harus ingat kalau nama dah masuk univerisiti mestilah korang harapan ibu bapa so jangan hampakan diaorang buat yang terbaik agar korang dapat pointer yang bagus.
Lepasan Univerisiti
Orang selalu kata bahawa kehidupan sebenar adalah selepas kita keluar dari sana kerana selepas mendapat ijazah kita semua akan berhadapan dengan fasa baru dalam kehidupan iaitu alam pekerjaan. Sememangnya anda dan ahli keluarga berasa gembira kerana anda telah berjaya.
Sebagai graduan yang memiliki ijazah dilema yang kita hadapi ialah dalam memilih pekerjaan kerana kursus yang ditawarkan di universiti di Malaysia kebanyakannya tidak menjaminkan pekerjaan kepada anda kecuali beberapa kursus seperti pendidikan yang menjanjikan pekerjaan.
Oleh itu kita selalu mendengar ramai pelajar yang mendapat keputusan yang baik dalam SPM & STPM yang tidak ingin melanjutkan pelajaran ke universiti kerana menurut mereka belajar tinggi-tinggi pun tidak berguna kerana keluar universiti bukannya confirm dapat kerja. Sebaliknya mereka menggunakan keputusan SPM & STPM untuk mendapatkan kerja dalam kerajaan dan menyambung belajar selepas itu.
Kalau nak salahkan mereka yang bercakap bahawa masuk univerisiti itu tak penting tak boleh juga kerana mereka ada alasan yang tersendiri. Betul juga kata mereka buat apa nak membazir dan berhutang dengan PTPTN kalau belajar tinggi-tinggi akhirnya menganggur juga. Namun bagi saya sendiri adalah penting untuk kita masuk universiti walaupun ianya tidak menjanjikan sebarang pekerjaan namun ianya banyak mengajar kita cara kehidupan sebenar apabila keluar nanti.
Alam Pekerjaan
Pekerjaan itu ada di mana-mana namun mungkin belum rezeki kita lagi dan teruskan berusaha untuk mendapatkan pekerjaan. Pada waktu inilah kita menggunakan segala kelebihan yang ada dalam diri kita untuk dipraktikan dalam kehidupan sebenar. Tidak semestinya anda tidak mendapat kerja dalam kerajaan anda gagal. Mereka yang berjaya mendapatkan pekerjaan itu pun bukannya senang dan tidak berusaha. Mereka juga seperi kita pernah mengalaminya namun mereka terus berusaha.
Gunakan segala pengalaman yang kita perolehi di universiti untuk mendapatkan pekerjaan atau bekerja.Tidak semestinya kita tidak bekerja dengan orang kita tidak mempunyai pekerjaan. Kalau korang jenis yang berfikiran sebegitu, think twice ok !. Anda harus ingat dunia sekarang dilengkapi dengan teknologi yang canggih adakah anda nak duduk sahaja tunggu kerja kerajaan baru nak kerja. Takkanlah anda nak tunggu sehingga 10 tahun usia kita pun semakin hari semakin meningkat.
Oleh itu rajinkan diri serach dari internet beberapa kerja yang anda boleh lakukan dari rumah. Kerja sendiri pun boleh dapat duit kalau anda berusaha dengan bersungguh. Gunakan kelebihan internet untuk menjana pendapatan agar poket anda taklah kosong dan harapkan duit mak bapa je.
Kalau korang jenis yang mahir dalam membuat laman web anda boleh menggunkan kelebihan tersebut untuk mendapatkan income dari iklan yang dipasang dalam laman web anda. Namun bukan semua orang memiliki kelebihan itu tapi anda boleh belajar perlahan-lahan seperti mana kita belajar ABC dahulu pun bukannya terus mahir sebaliknya belajar dan terus belajar.
Bagi mereka yang berminat menjana pendapatan melalui website anda boleh bermula dengan platform blogspot yang boleh digunakan secara percuma. Anda boleh bermain-main dahulu menggunakan blogspot sebelum masuk ke skop yang lebih mencabar iaitu domain.
Namun bukan mudah untuk berjaya mendapatkan income dari laman web sebaliknya kena berusaha keras agar laman web anda boleh mendaptkan income yang lumayan tiap-tiap bulan.
Cukuplah perkongsian kali ini, nanti jumpa lagi dalam artikel akan datang, kalau ada pendapat lain korang boleh tinggalkan kat ruangan komen k.
Showing posts with label TIPS BELAJAR. Show all posts
Showing posts with label TIPS BELAJAR. Show all posts
Wednesday, 9 November 2011
0
comments
Kalau subjek matematik, tak ada masalah dengar lagu dan tengok televisyen. Tetapi, kalau masa buat latihan esei pun dengar lagu, kemungkinan jawapan anda adalah lirik lagu.
Peperiksaan itu tidak penting. Tetapi menjadi penting apabila peperiksaan itu menjadi sebab untuk masuk universiti. Sebab nak masuk universiti adalah untuk belajar mengenai sesuatu bidang yang kita suka dan ilmu itu kita akan guna masa bekerja. Sesiapa yang dapat keputusan cemerlang peperiksaan, bolehlah masuk universiti dan belajar apa yang dia suka untuk guna masa bekerja.
Kalau anda lihat jadual kelas, anda akan lihat banyak masa Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.Oleh itu, gunakan masa yang banyak itu untuk mahir subjek bahasa. Di rumah tak perlu ulangkaji subjek itu kerana sepatutnya dah mahir di sekolah.
Tuisyen 2 jam seminggu untuk satu subjek dengan harga RM20? Lebih baik upah orang untuk tengok anda baca buku, kemudian guna duit itu pergi makan di luar sebab dah habis belajar. Cikgu anda mengajar satu masa 40 minit. Contohnya Sejarah ada 3 masa dan itu bermakna anda belajar 2 jam seminggu. Manakala subjek Bahasa Melayu anda belajar selama 4 jam seminggu. Tetapi subjek Bahasa Melayu anda jawab peperiksaan hanya 4 jam 45 minit. Cikgu tuisyen adalah cikgu di yang mengajar di sekolah. Saja dia mengajar untuk tambah duit poket. Benda yang dia ajar memang tak lari daripada apa yang cikgu ajar. Mungkin cara dia ajar berlainan sedikit. Cikgu sebagus mana pun kalau anda balik tengok televisyen tanpa buka dan baca sedikit pun apa yang dia ajar, memang tak guna! Anda hendaklah baca! Buat latihan!
Saya cadangkan anda tengok soalan SPM tahun-tahun lepas dan cuba buat. Jangan nak berlagak anda buat banyak latihan dan baca banyak buku kalau soalan SPM tahun lepas tak boleh buat. Ada yang kata, buat apa buat latihan tahun lepas sebab mesti sudah tak tanya soalan yang sama. Anda perlu tahu, tujuan menjawabnya adalah untuk semak sama ada anda boleh buat atau tak, kalau masih tak boleh buat, macam mana nak jawab soalan yang sebenar. Kalau SPM boleh letak buku atas meja pun, belum tentu anda boleh jawab jika tak tahu cara menjawab. Kalau nak tahu tanya cikgu atau sesiapa saja cara menjawab.
Kalau tak minat tak payah baca banyak-banyak, nanti anda apabila bekerja nanti mesti tak akan minat bekerja yang menggunakan subjek itu.Walaupun begitu, anda perlu sapat A subjek bahasa Melayu, bahasa Inggeris, Matematik. Subjek-subjek sains seperti Fizik, Kimia, Biologi juga perlu dapat A kalau nak kerja hebat-hebat. Kalau nak jadi akauntan pun gaji besar juga, bagi dapat A subjek Prinsip akaun. Kalau nak gaji tinggi-tinggi, belajar kena pandai subjek sains (Fizik, Kimia, Biologi). Habis sangat dapat C pun jadi. Yang penting jangan biar saja buku tanpa anda baca. Ingatlah, lepas SPM banyak lagi benda-benda buang masa anda boleh buat. Sekarang ni cuba ambil satu buku subjek apa-apa dan lihat dan baca dan cuba jawab dan jawab. Mana ada rahsia lain selain baca, minum air jampi satu tong pun belum tentu boleh dapat A. Pernahkah anda jumpa orang yang kata dia tak baca buku pun boleh dapat A. Paling tidak dia kata baca sikit dan sikit dia tu apabila kumpul-kumpul hari-hari memang jadi bukit.
Cara belajar untuk peperiksaan
Ambil buku dan baca dan buat latihan. Itu saja yang cikgu anda kata. Kalau tak faham tanya. Lepas balik rumah, terus pegang buku dan tidur. Oleh itu, hari ini anda kena baca bab 3 muka surat 23 topik 4 dan buat latihan topik 4. Kalau tak boleh buat baru tanya cikgu atau rujuk jawapan.
Sudah banyak kali saya berpesan supaya ambil buku dan baca. Kalau tak baca, bagaimana nak jawab? kalau tak pernah buat latihan, macam mana nak tahu solan macam mana yang akan ditanya? Kalau buat sikit latihan, bagaimana nak mahir? Bacalah perlahan-lahan dan selalu. Biasanya saya akan baca apabila ada “mood”, kalau baca apabila tak ada “mood”, memang tak guna. Tetapi, jangan asyik tak ada “mood”, cipta “mood” sendiri. Anda mesti tahu apa yang anda suka. Contohnya apabila tengok televisyen ada iklan, masuk bilik dan baca walaupun 5 minit tetap dinamakan baca.Kalau subjek matematik, tak ada masalah dengar lagu dan tengok televisyen. Tetapi, kalau masa buat latihan esei pun dengar lagu, kemungkinan jawapan anda adalah lirik lagu.
Peperiksaan itu tidak penting. Tetapi menjadi penting apabila peperiksaan itu menjadi sebab untuk masuk universiti. Sebab nak masuk universiti adalah untuk belajar mengenai sesuatu bidang yang kita suka dan ilmu itu kita akan guna masa bekerja. Sesiapa yang dapat keputusan cemerlang peperiksaan, bolehlah masuk universiti dan belajar apa yang dia suka untuk guna masa bekerja.
Kalau anda lihat jadual kelas, anda akan lihat banyak masa Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.Oleh itu, gunakan masa yang banyak itu untuk mahir subjek bahasa. Di rumah tak perlu ulangkaji subjek itu kerana sepatutnya dah mahir di sekolah.
Tuisyen 2 jam seminggu untuk satu subjek dengan harga RM20? Lebih baik upah orang untuk tengok anda baca buku, kemudian guna duit itu pergi makan di luar sebab dah habis belajar. Cikgu anda mengajar satu masa 40 minit. Contohnya Sejarah ada 3 masa dan itu bermakna anda belajar 2 jam seminggu. Manakala subjek Bahasa Melayu anda belajar selama 4 jam seminggu. Tetapi subjek Bahasa Melayu anda jawab peperiksaan hanya 4 jam 45 minit. Cikgu tuisyen adalah cikgu di yang mengajar di sekolah. Saja dia mengajar untuk tambah duit poket. Benda yang dia ajar memang tak lari daripada apa yang cikgu ajar. Mungkin cara dia ajar berlainan sedikit. Cikgu sebagus mana pun kalau anda balik tengok televisyen tanpa buka dan baca sedikit pun apa yang dia ajar, memang tak guna! Anda hendaklah baca! Buat latihan!
Saya cadangkan anda tengok soalan SPM tahun-tahun lepas dan cuba buat. Jangan nak berlagak anda buat banyak latihan dan baca banyak buku kalau soalan SPM tahun lepas tak boleh buat. Ada yang kata, buat apa buat latihan tahun lepas sebab mesti sudah tak tanya soalan yang sama. Anda perlu tahu, tujuan menjawabnya adalah untuk semak sama ada anda boleh buat atau tak, kalau masih tak boleh buat, macam mana nak jawab soalan yang sebenar. Kalau SPM boleh letak buku atas meja pun, belum tentu anda boleh jawab jika tak tahu cara menjawab. Kalau nak tahu tanya cikgu atau sesiapa saja cara menjawab.
Kalau tak minat tak payah baca banyak-banyak, nanti anda apabila bekerja nanti mesti tak akan minat bekerja yang menggunakan subjek itu.Walaupun begitu, anda perlu sapat A subjek bahasa Melayu, bahasa Inggeris, Matematik. Subjek-subjek sains seperti Fizik, Kimia, Biologi juga perlu dapat A kalau nak kerja hebat-hebat. Kalau nak jadi akauntan pun gaji besar juga, bagi dapat A subjek Prinsip akaun. Kalau nak gaji tinggi-tinggi, belajar kena pandai subjek sains (Fizik, Kimia, Biologi). Habis sangat dapat C pun jadi. Yang penting jangan biar saja buku tanpa anda baca. Ingatlah, lepas SPM banyak lagi benda-benda buang masa anda boleh buat. Sekarang ni cuba ambil satu buku subjek apa-apa dan lihat dan baca dan cuba jawab dan jawab. Mana ada rahsia lain selain baca, minum air jampi satu tong pun belum tentu boleh dapat A. Pernahkah anda jumpa orang yang kata dia tak baca buku pun boleh dapat A. Paling tidak dia kata baca sikit dan sikit dia tu apabila kumpul-kumpul hari-hari memang jadi bukit.
======================================
Semua nota dan artikel dalam blog ini boleh disebarkan
secara percuma dengan syarat ada pautan balik
Labels:
TIPS BELAJAR
Subscribe to:
Posts (Atom)