PENGENALAN

UNESCO WORLD DEVELOPMENT DAY telah disambut setiap tahun di seluruh dunia pada 24 Oktober.Idea untuk menganjurkan program ini dicetuskan oleh Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB) atau United Nations(UN) pada tahun 1972.Tujuan program ini diadakan ialah untuk membangunkan teknologi berkaitan sains teknologi komputer dan program ini sangat penting dalam membangunkan negara Malaysia.Kesimpulannya,kita harus sedar bahawa teknologi maklumat memberi kesan yang positif terhadap manusia sejagat.


Wednesday 9 November 2011

PM DR. YUSRI MULA TUGAS : ALUMNI UTHM PERTAMA DILANTIK DEKAN FAKULTI DI UTHM

1 NOV - Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah bermula pada tahun 1993 dan graduan generasi pertama (ITTHO) telah dianugerahkan dalam Majlis Konvokesyen UTM pada tahun 1997 yang mana meraka kini sedang berkhidmat dalam sektor kerajaan dan swasta termasuklah sebagai pensyarah di UTHM.
Pusat Kemajuan dan Hubungan Alumni (CARE) UTHM mewakili seluruh warga Alumni UTHM merakamkan ucapan tahniah dan selamat maju jaya kepada YBhg. Profesor Madya Dr. Yusri bin Hj. Yusof dengan diamanahkan sebagai Dekan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (FKMP) UTHM. Beliau dilantik ke jawatan Dekan Fakulti yang pertama di kalangan Alumni UTHM. Beliau merupakan generasi pertama PLSP-ITTHO pernah menjawat jawatan sebagai Yang DIpertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) selama dua sesi iaitu 1994/1995 dan 1995/1996. Beliau seorang yang peramah, berdedikasi dan berketrampilan dengan karisma kepimpinannya amat disenangi dan dikenali oleh semua Alumni UTHM generasi awal. Malah beliau dianggap Ikon atau benchmark terbaik dikalangan Alumni UTHM dalam mengukur kecemerlangan dalam pendidikan dan kerjaya.
PM Dr Yusri berasal daripada Perak Darul Ridzuan telah berkahwin dengan pasangannya Puan Rosmawati binti Ma'arof (Guru SM Vokasional Kluang) yang juga merupakan Alumni UTHM. Kini, beliau dikurniakan tiga orang cahaya mata, 2 lelaki dan seorang perempuan. Beliau berkelulusan Doktor Falsafah di Loughborough University, UK dalam bidang Kejuruteraan Pembuatan pada tahun 2007. Beliau sebelum itu telah memperolehi Sijil Kejuruteraan Automotif Politeknik Ungku Omar (1989), Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal (Elektro Mekanikal) di ITTHO (1997) , Sarjana dalam bidang Teknologi Pembuatan Termaju di UTM (2003).
Beliau memulakan kerjaya sebagai pensyarah di Politeknik Johor Bahru (PJB) pada tahun 1999 selama setahun setengah. Kerjaya beliau terus menyerlah setelah mendapat pelepasan dengan izin dari Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk memulakan tugas sebagai Pengajar di UTHM pada tahun 2000.
Beliau berkepakaran dalam pelbagai bidang dan banyak melibatkan diri dalam penyelidikan, penerbitan, pembentangan kertas kerja di dalam dan luar Negara serta pengendalian kursus akademik, motivasi, pengurusan dan sebagainya. Di UTHM, beliau telah memegang jawatan Ketua Jabatan Pengurusan, Pejabat Pengurusan Kualiti dan Perancangan Korporat (PPKPK), Timbalan Dekan Pembangunan dan Penyelidikan di Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (FKMP) dan kini Dekan FKMP UTHM.
Beliau juga sangat aktif dalam organisasi khususnya Alumni UTHM bermula sebagai Presiden Penaja Sekretariat Alumni UTHM yang mula ditubuhkan pada tahun 1993. Kini beliau turut menyandang jawatan Timbalan Presiden Persatuan Pensyarah dan Pengajar UTHM (PERKASA), Ketua Penyelidik Alumni Research Team (ART) dan Pengerusi Lembaga Koperasi Alumni UTHM Johor Berhad. Sumbangan beliau kepada Alumni UTHM khususnya dan universiti umumnya wajar mendapat pengiktirafan dan diberikan kepercayaan untuk memimpin UTHM pada masa akan datang.
Beliau yang memulakan tugas hari ini (1 November 2011) akan menjadikan sumber inspirasi kepada Alumni UTHM yang lain khususnya dikalangan staf UTHM dalam usaha memajukan diri, kerjaya dan universiti.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh,
ENGR. AHMAD ZULFADLI BIN JUSOH
Pusat Kemajuan dan Hubungan Alumni (CARE)

0 comments:

Post a Comment

 
Elegant Rose - Busy