PENGENALAN

UNESCO WORLD DEVELOPMENT DAY telah disambut setiap tahun di seluruh dunia pada 24 Oktober.Idea untuk menganjurkan program ini dicetuskan oleh Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB) atau United Nations(UN) pada tahun 1972.Tujuan program ini diadakan ialah untuk membangunkan teknologi berkaitan sains teknologi komputer dan program ini sangat penting dalam membangunkan negara Malaysia.Kesimpulannya,kita harus sedar bahawa teknologi maklumat memberi kesan yang positif terhadap manusia sejagat.


Wednesday 9 November 2011

Ada apa dengan universiti?

Universiti
Korang mesti tahu kan dan memasang impian untuk masuk ke sana sama ada secara sepenuh masa atau secara pendidikan jarak jauh bergantung kepada pilihan masing-masing. Walaubagaimanapun bukan senang untuk kita melanjutkan pelajaran ke universiti selain memerlukan pointer yang bagus ianya memerlukan belanja yang besar. Namun itu bukan halangan kalau kita memang berhasrat untuk ke sana.
Kehidupan di Universiti
Tidak dinafikan pengalaman belajar di universiti memang menyeronokkan dan banyak perkara yang boleh kita pelajari kerana kita diberi kebebasan.  Selain itu kita kena berdikari menguruskan hidup sama ada dari aspek belajar, kewangan dan sebagainya. Dalam pada itu sebagai seorang pelajar kita juga perlu menggunakan sebaik mungkin duit yang disediakan oleh PTPTN agar tidak mengalami masalah kewangan.
Hidup sebagai pelajar universiti sememangnya berbeza dengan semasa di sekolah dahulu, kalau zaman sekolah tak memerlukan duit yang banyak. Apabila masuk sahaja ke univeristi maka anda akan pegang duit dalam angka ribu so memang keinginan anda untuk memiliki sesuatu juga tinggi tapi anda harus ingat tujuan anda masuk adalah untuk belajar.
Selain perlu bijak mengawal kewangan korang juga kena bijak memilih kawan agar tidak terjebak dengan perkara yang negatif. Yalah korang harus ingat kalau nama dah masuk univerisiti mestilah korang harapan ibu bapa so jangan hampakan diaorang buat yang terbaik agar korang dapat pointer yang bagus.

Lepasan Univerisiti
Orang selalu kata bahawa kehidupan sebenar adalah selepas kita keluar dari sana kerana selepas mendapat ijazah kita semua akan berhadapan dengan fasa baru dalam kehidupan iaitu alam pekerjaan. Sememangnya anda dan ahli keluarga berasa gembira kerana anda telah berjaya.
Sebagai graduan yang memiliki ijazah dilema yang kita hadapi ialah dalam memilih pekerjaan kerana kursus yang ditawarkan di universiti di Malaysia kebanyakannya tidak menjaminkan pekerjaan kepada anda kecuali beberapa kursus seperti pendidikan yang menjanjikan pekerjaan.
Oleh itu kita selalu mendengar ramai pelajar yang mendapat keputusan yang baik dalam SPM & STPM yang tidak ingin melanjutkan pelajaran ke universiti kerana menurut mereka belajar tinggi-tinggi pun tidak berguna kerana keluar universiti bukannya confirm dapat kerja. Sebaliknya mereka menggunakan keputusan SPM & STPM untuk mendapatkan kerja dalam kerajaan dan menyambung belajar selepas itu.
Kalau nak salahkan mereka yang bercakap bahawa masuk univerisiti itu tak penting tak boleh juga kerana mereka ada alasan yang tersendiri. Betul juga kata mereka buat apa nak membazir dan berhutang dengan PTPTN kalau belajar tinggi-tinggi akhirnya menganggur juga.  Namun bagi saya sendiri adalah penting untuk kita masuk universiti walaupun ianya tidak menjanjikan sebarang pekerjaan namun ianya banyak mengajar kita cara kehidupan sebenar apabila keluar nanti.
Alam Pekerjaan
Pekerjaan itu ada di mana-mana namun mungkin belum rezeki kita lagi dan teruskan berusaha untuk mendapatkan pekerjaan.  Pada waktu inilah kita menggunakan segala kelebihan yang ada dalam diri kita untuk dipraktikan dalam kehidupan sebenar. Tidak semestinya anda tidak mendapat kerja dalam kerajaan anda gagal.  Mereka yang berjaya mendapatkan pekerjaan itu pun bukannya senang dan tidak berusaha. Mereka juga seperi kita pernah mengalaminya namun mereka terus berusaha.
Gunakan segala pengalaman yang kita perolehi di universiti untuk mendapatkan pekerjaan atau bekerja.Tidak semestinya kita tidak bekerja dengan orang kita tidak mempunyai pekerjaan. Kalau korang jenis yang berfikiran sebegitu, think twice ok !. Anda harus ingat dunia sekarang dilengkapi dengan teknologi yang canggih adakah anda nak duduk sahaja tunggu kerja kerajaan baru nak kerja. Takkanlah anda nak tunggu sehingga 10 tahun usia kita pun semakin hari semakin meningkat.
Oleh itu rajinkan diri serach dari internet beberapa kerja yang anda boleh lakukan dari rumah. Kerja sendiri pun boleh dapat duit kalau anda berusaha dengan bersungguh. Gunakan kelebihan internet untuk menjana pendapatan agar poket anda taklah kosong dan harapkan duit mak bapa je.
Kalau korang jenis yang mahir dalam membuat laman web anda boleh menggunkan kelebihan tersebut untuk mendapatkan income dari iklan yang dipasang dalam laman web anda.  Namun bukan semua orang memiliki kelebihan itu tapi anda boleh belajar perlahan-lahan seperti mana kita belajar ABC dahulu pun bukannya terus mahir sebaliknya belajar dan terus belajar.
Bagi mereka yang berminat menjana pendapatan melalui website anda boleh bermula dengan platform blogspot yang boleh digunakan secara percuma.  Anda boleh bermain-main dahulu menggunakan blogspot sebelum masuk ke skop yang lebih mencabar iaitu domain.
Namun bukan mudah untuk berjaya  mendapatkan income dari laman web sebaliknya kena berusaha keras agar laman web anda boleh mendaptkan income yang lumayan tiap-tiap bulan.
Cukuplah perkongsian kali ini, nanti jumpa lagi dalam artikel akan datang, kalau ada pendapat lain korang boleh tinggalkan kat ruangan komen k.

0 comments:

Post a Comment

 
Elegant Rose - Busy